Tuesday, December 9, 2008

KURSUS @ LEMBAH AZWEN RESORT HULU LANGAT

X sampai sebulan kat Labuan aku dah kena balik KL utk kursus. Macam2 ilmu yg aku dapat dalam kursus ni. 24-27 November hr tu Kursus Kaunseling & Rundingcara Keluarga kat ILIM anjuran JAKIM, lps tu 1-4 Disember lak Kursus Pengukuhan & Kecemerlangan Organisasi anjuran jabatan.

Best gak kursus tu sebab dah lama aku x buat aktiviti lasak. Tambahan lagi yang join semua pegawai lantikan baru sama dengan aku, so kat sana lagi tambah kenal mengenal antara kami.

Antara aktiviti lasak yang terpaksa diharungi oleh peserta.

Tn Bukhari dengan aksi tersendiri

Aksi aku masa buat rapelling

Berlatarbelakangkan kawasan Lembah Azwen Resort

Dari kiri barisan belakang: Tn. Zaim (BSK Pahang), Tn Amiruddin (Pendakwa Melaka), Tn Zaid (BBG KL), Tn Hairuddin (BSK Sarawak), Aku, Tn Ridwan (Pendakwa P. Pinang) dan Tn Bukhari (BSK Kelantan).

Dari kiri barisan depan: Tn Akmal (Pendakwa Melaka) & Tn Sabaruddin (Pegawai Sulh MSWP KL)

NOW @ LABUAN

Setelah melaporkan diri dan mendengar taklimat selama 3 hari di Putrajaya, arahan penempatan dikeluarkan utk aku ditempatkan di bawah Wilayah Persekutuan. Setelah 2 minggu kat sana arahan penempatan dikeluarkan lagi yang menempatkan aku di Labuan, ini kerana Labuan juga adalah di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Well.. life kat sana kira ok gak, maklum ler.. tempat baru.. ni kira 1st time aku datang ke Kepulauan Borneo. Kat sana memang kurang kawasan menarik untuk dilawati tapi duk kat sana rilek sikit. Tambahan lagi Labuan adalah pulau bebas cukai. Untuk menggelakkan keboringan yang amat sangat, pandai2 ler cari aktiviti lain. Mcm aktiviti rutin aku kat sana, habis keje jer terus gi gym yg memang disediakan di bangunan tempat aku bertugas. Main lak dengan bos, pengawal keselamatan & driver, so far ia mengeratkan hubungan sillaturahim bersama.

Oleh kerana Labuan ni adalah sebuah pulau, so makanan seafood murah berbanding di tanah besar. Lobster tu jual tepi jalan je kat sebelah gerai goreng pisang. Tapi makanan lain mahal skit.. nasi goreng biasa jer RM4.00.

Anyway pengalaman kat tempat org tu yg aku nk sgt. Byk benda yg setakat ni aku dah kongsi dgn staf aku yg kebanyakkan nya org Sabah. Insya Allah klu x de arah melintang aku akan ke Kota Kinabalu pulak utk penerokaan aku ke negeri kedua terakhir di Malaysia yg aku telah lawat. Tungguuuuuu................

Thursday, November 6, 2008

LAWATAN MENZIARAHI ANAK KAKITANGAN ANJURAN BADAN KEBAJIKAN

Pegawai-pegawai yang hadir
Dari kiri: Fairul, Blogger & Tuan Ahmad Basyir

Sumbangan dari badan kebajikan yang dihulurkan oleh Tuan Ahmad Basyir kepada Puan Zawiyah


Turut hadir ialah suami Puan Zawiyah (baju T-shirt kuning)



Turut hadir kakitangan pejabat.
Dari kiri: Puan Fatimah, Pn Junainah & Puan Siti Masnah

Tuesday, September 16, 2008

REZEKI MELIMPAH RUAH DI PUTRAJAYA

Insya Allah tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maknanya selesailah ibadah puasa yang telah difardhukan di bulan Ramadhan yang mulia. Aku rasa bulan puasa ni agak sibuk kerana menjual biskut raya. Alhamdulillah sambutannya amatlah menggalakkan. Tapi raya kali ini agak kurang berbelanja utk aku sbb budget kurang krn x de masih x keje lagi.

Dalam kesibukan mencari duit raya di bulan Ramadhan ni, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah ditawarkan sebagai Eksekutif Penyelidik S41 di salah sebuah institut di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Dengan gaji & elaun yang berbaloi, aku rasa keje kat sini happy sgt sbb staf nya ngam. Dari CEO sampai ler ke kerani. Macam x de jurang langsung antara satu sama lain. Aku masuk 2 hari jer macam2 benda aku kongsi dgn diorang.
Tapi aku agak sedih, bila mula jer keje pada hari pertama. Aku dimaklumkan bahawa keputusan temuduga Pegawai Syariah LS41 telah dikeluarkan dan aku berjaya dalam temuduga tersebut. Nak kata x happy, happy ler jugak.. impian aku dari kecil & harapan keluarga.. tapi aku baru rs seronok keje sini. Cara keje kat sini kena dengan jiwa aku iaitu membuat penyelidikan dan sering buat keje lapangan. Senior yang kat sini kata diorang dah puas berjalan.. kdg2 smpi sebulan x masuk opis sbb buat penyelidikan lapangan.
Dalam aku memilih salah satu, aku rs aku kena pilih Pegawai Syariah tersebut sbb aku yakin ada hikmahnya aku ditimpa ujian memilih macam ni... sebabnya takkan aku nk lepaskan impian kerjaya aku ini semata2 aku rasakan keseronokan di tempat lain.

Saturday, September 13, 2008

Ketika sesi rakaman Salam Dunia M. Nasir TV9



Lirik Mentera Beradu - Malique dan M. Nasir


Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati... Hati gerakkan... Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang... peta dah hilang... bangau dah pulang... suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna....

Sunday, June 8, 2008

TINGGAL AKU SORANG X KAWIN LAGI


25 Mei hari tu kawan baik aku iaitu Bob (sejak aku kat amik diploma dulu hingga sekarang ) dah kawin. Happy rasanya sbb akhirnya dia kawin juga. Dari dulu aku confuse siapa ler pompuan yang jadi pilihan dia.. sbb dia ni cerewet skit. Aku dgn kwn2 x dpt nk gosipkan dia.. mesti x menjadi. Now dia jumpa seorang wanita yang dia pilih sendiri. Alhamdulillah.. Dia x memilih...hehehe

Tuesday, May 27, 2008

LANGKAWI & LUMUT


Di dalam feri perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi


Di hadapan hotel penginapan, Hotel Aseana


Felo-felo bergambar kenangan di hadapan Beras Terbakar
Dari kiri: Aku, Dayah, Rajan, Umai & Hani

Dari 23 hingga 25 Mei 2008 aku berada di Pulau Langkawi. Aku gi sana untuk menghadiri Kursus JAKSA anjuran Kolej Dato' Onn UKM. Bersama-sama dengan aku ialah Pengetua, Pengurus, JAKSA² serta Felo² kolej.

Punyer ler lama aku x pegi sana, x salah aku last sekali aku ke sana ialah tahun 1991. Lepas shopping sakan kat Langkawi, kitorang gi lak bershopping di Padang Besar, Perlis.

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.